Produk Teraju
26 June 2013
Setanggi Gaharu (Tulen)
Setanggi gaharu tulen tiada campuran bahan kimia atau wangian sintetik. Berbanding pewangi rumah sekarang yang mengandungi bahan kimia yang kita tidak tahu kesannya terutamanya kesan jangka panjang. Datuk nenek kita sejak dahulu lagi menggunakan setanggi gaharu sebagai wangian rumah tanpa kesan yang memudaratkan.
"Dari pengalaman saya sendiri sesetengah pewangi sintetik yang saya guna kalau dibau lama-lama saya pening kepala dan rasa loya, dan ada sesetengah pewangi sintetik menyebabkan saya sakit hidung dan tekak".
Anda boleh rasa sendiri perbezaannya.
31 March 2011
SEJADAH GAHARU "URUKUL 'UD"
Kayu Gaharu adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Tanah Melayu. Nama saintifiknya Aqularia Malaccensis. Terdapat hampri 15 spesis pohon Gaharu di Tanah Melayu yang turut dikenali juga sebagai Eagle Wood lantaran burung helang menggemarinya sebagai pohon paling sesuai untuk membuat sarang.
Pohon ini mampu mengeluarkan damar dalam istilah kimianya diberi nama Agarospiral jinkoholeremol yang penting dalam penghasilan minyak wangi. Minyak wangi yang dihasilkan dari pohon gaharu menjadi ibu kepada minyak wangi sedunia. Sekilogram pati minyak wangi Gaharu gred Super A mencecah harga sehingga RM 30.000/-.
Bauan dari Gaharu ini turut mampu memperbaiki sistem pernafasan dan boleh menyembuhkan penyakit Resdung dan Asma. Akar serta daunnya pula digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat malaria, antibiotic, anti kanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit perut dan pemulihan sistem tubuh badan.
Sejarah ia dijadikan Sejadah.
Terdapat catatan di dalam Log Pengembara yang ditulis oleh Sheikul Kiyai - (peninjau yang dihantar oleh Khalifah di Timur Tengah ke Melaka. Tugas beliau adalah untuk melaporkan kepada Khalifah apa yang terjadi kepada Islam setelah Portugis menawan Melaka). Di dalam log beliau itu dicatat bahawa beliau menggunakan sejadah yang beliau hasilkan sendiri dari serat pohon Gaharu yang bernama Sajadah 'Urukul 'ud - lantaran banyaknya pohon Gaharu di sekitar kawasan beliau berteratak di Tasik Hulu Melaka pada tahun masihi 1573.
Subscribe to:
Posts (Atom)